:::F!rst Impression:::


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 18, 2012

Final week!

Hidup umpama roda
ianya 
terus berputar 
tanpa mengira waktu yang berlalu,
waktu pula 
terus menerus pergi meniggalkan kita..
aku pula terus berusaha menghadapi
hari-hari terakhir 
semester 3
yang penuh suka dan duka bersama
classmates dan housemates ku..
inilah dunia aku,
inilah keluarga aku 
di Jengka,
bersama 
mereka, aku lalui tangisan dan gelak tawa..
minggu ini penuh sesak dengan test!
hari-hari ada test!
fuhh!
penat itu tidak boleh lagi dihitung!
rasa nak muntah pun ada!
*HUHU
apa2 pun, aku terus berusaha menghadapi dugaan ini
Dugaan seorang pelajar!
semoga segala usaha membuahkan 
hasil yang begitu lumayan...









inilah orang-orang yang 
selalu membuat saya terus tertawa di jengka! 
huhu..
ada banyak lagi gambar, 
tapi, xjumpa gambar!
haha
will update soon!
anyway
good luck guys 
for the 
up coming test and final exam!
a.k.m

Wednesday, December 12, 2012

Takdir Hidup

Mungkin inilah takdir aku,
aku mula belajar untuk menerima 
takdir ini 
dengan hati yang tenang..
semoga Allah S.W.T
terus memberikanku 
jalan 
untuk aku terus mengharunginya..
aku belum bersedia,
tapi inilah 
yang dinamakan takdir hidup!
takdir hidup
yang tidak 
diketahui 
oleh sesiapa pun..
aku redha ya Allah.. 
sesungguhnya, 
aku penat merintih,
menangis,
hati aku bagai
dihiris,
ditikam-tikam
dengan kejamnya.. 
apakah aku mampu ya Allah
menempuhi dugaan
yang Engkau 
berikan??
sesungguhnya, 
aku belum bersedia menerima takdir ini, 
tapi inilah dugaan dan ketentuan-MU
aku pasrah..
a.k.m

Monday, December 10, 2012

Kesedihan yang terus melanda

Assalamualaikum..
sejak kebelakangan nie,
sering kali pula aku mengupdate blog nie..
:)
hanya dengan mencoret di blog ini, 
dapat menenangkan fikiran dan juga hatiku..
masalah terus silih berganti,
hari ke hari,
waktu terus berdetik
tidak mengira sesiapa pun.
begitu juga dengan diriku,
aku terus dibayangi
olehnya,
sampai bila 
perasaan ini akan terus menghantuiku.
aku terus mencuba untuk
melupakannya,
terus cuba untuk
menjauhinya,
insyAllah akn berjaya.
kata orang aku kuat, 
xnampak sedih pun,
secara fizikalnya, 
aku memg nampak sebegitu,
tapi,
dalam hatiku siapa yang tahu.
bila final makin mendekat,
saat itu juga,
aku dibelenggu masalah sebegini.
semoga cepatlah 
masa terus berlalu,
biar aku cepat melupakannya...
aku penat merintih,
merintih kpd ssuatu 
yang sudah pasti 
bukan milikku!
semoga diri ini, terus kuat 
untuk menjalani
kehidupan yang masih panjang..

a.k.m



Saturday, December 8, 2012

Putaran Roda Kehidupanku

Assalamualaikum semua..
genap seminggu aku
dibelenggu dengan kesedihan
yang aku sendiri tidak tahu 
bila kesedihan ini akan berakhir.
apa-apa pun,
aku terus mengumpul semangat
untuk terus hidup tanpa
orang tersayang.
kata abah, dalam hidup nie tidak ada
orang yang boleh bantu kita
kecuali diri kita.
dimana sahaja kiter berada,
sahabat itu perlu, tapi, 
sahabat itu, 
hanya sementara sahaja.
apa yang dikatakan abah,
sememangnya benar,
aku sendiri mengalaminya,
dan semenjak dari kejadian yang aku alami,
family adalah orang pertama 
yang aku sayang.
apa yang aku harapkan bukanlah 
seindah yang aku impikan.
Dalam hidup ini,
aku sering mempelajari 
sesuatu yang baru,
semua tu mengajar aku 
erti kehidupan.
bila dilanda mslh,
aku sendiri tidak pasti, 
apakah aku mampu untuk laluinya?
Kata abah,
Teruslah tersenyum, 
wahai anakku,
walaupun byk masalah 
yang mendatang,
bykkn berdoa, 
dekatkan diri dengan Allah selalu.
pasti akan diberi jalan drpd-Nya.
musahabah diri, 
mungkin, 
ada silap kita, 
yang kita tidak pernah sedari.
kita manusia
tak pernah lari dari kesilapan.
aku mengharapkan
ada sinar bahagia yang menanti aku,
semoga sinar itu akan terus memberi kebahagian
sehingga hembusan nafasku yang terakhir..


a.k.m

Thursday, December 6, 2012

Like Being Hit By a Bullet!

Wahai cinta hatiku, 
jika engkau ada terbaca entry ini,
hayatilah bait2 lirik lagu ini,
beginilah rasa hatiku.

Like being hit by a bullet
I can’t make sense of anything
All that comes out is laughter
So I just laughed,
So I just laughed,
Just..

While I’m laughing until I collapse
I asked if I could ask one thing
Why are we breaking up?
How do we break up?
How do we break up?
How?

In this bruised chest, 
Our memories are overflowing
Even though I try hold onto them,
Even if I block my chest,
They all slip though my fingers

Even if my heart stops,
Just like this,
I don’t think it will hurt,
Please do something
Give me some treatment
If I keep going like this,
All I will get is a broken heart
In this bruised chest..

Soon, without me even realizing,
Tears stream down my face
I don’t want to be like this,
I really don’t want to,
I really don’t want to,
Really..

I follow after you, who stood up so rashly and left,
You’re running away,
From behind you,
From behind you,
I scream..

In this bruised chest, 
Our memories are overflowing
Even though I try hold onto them,
Even if I block my chest,
They all slip though my fingers

Even if my heart stops,
Just like this,
I don’t think it will hurt,
Please do something
Give me some treatment
If I keep going like this,
All I will get is a broken heart

Like being hit by a bullet
Really..
My heart hurts so much
It hurts so much,
It hurts so much,
That’s weird I can still live.

How can I forget you?
Me?
I don’t know how to do such things..
I don’t know..
My heart is awake and I can’t put it to sleep,
All it does is hurt so much I feel like dying,




Wednesday, December 5, 2012

Tabahkan hatimu

Sudah hampir seminggu
aku masih lagi 
tidak dapat lupakan 
apa yang berlaku.
segalanya berlaku dengan pantas
ibarat aku tidak tahu waktu yang berdetik
hanya dengan sekelip mata
aku hilang segalanya
hilang kebahagian 
yang aku rasa 
ianya memang milikku.
kata abah,
aku seorang anak yang tabah 
menghadapi dugaan hidup.
tapi,
apakah aku tabah 
untuk mengharungi dugaan 
sebegini rupa?
aku cuba dan terus cuba 
untuk melupakannya
semoga usaha itu berhasil
aku hanya insan biasa yang mampu
menangis bila dilukai
dan 
mampu tersenyum bila memiliki orang tersayang
sampai bilakah 
aku akan terus mengharunginya
sampai bilakah
aku akan terus dibayangi oleh dirinya
semoga Allah dapat membantu aku 
untuk terus lupa dan buang dia dalam hidupku
dia ibarat titik hitam yang 
hanya menggelapkan hidupku.
saat ini,
beginilah rasa hatiku.
jika diberi pilihan hidup,
aku akan minta, 
supaya aku hilang ingatan,
agar aku tidak mengetahui kewujudan mu.. 
tapi, apakan daya
aku hanya manusia biasa
hanya mampu menangis bila aku terluka..

Sunday, December 2, 2012

Duhai Hati



Duhai angin...
Bawalah hatiku yang lara ini, 
hatiku yang terluka ini, 
hatiku yang terlalu sedih..
bawalah ia pergi jauh dari diriku..
aku tidak mampu untuk bertahan sebegini..
aku letih untuk menangis setiap masa, 
setiap hari,
menangis hanya untukmu..
sampai bila aku harus menangis keranamu..
aku letih menjadi orang yang terlalu mencintaimu
hati aku cukup terluka..
tidak pernah aku bayangkan perkara ini akan terjadi..
semoga aku tabah menghadapi,
semua dugaan ini.. 
apakah engaku mengerti hatiku
wahai cintaku??
aku letih mencintai orang yang tidak pernah menghargai cintaku..
sesungguhnya, aku redha dengan apa yang berlaku..
aku percaya ada sinar di penghujungnya..
terima kasih atas setiap kegembiraan
yang telah engkau berikan..
semoga engkau bahagia menjalani hidupmu yang baru.
aku hanya mampu berdoa..
semoga aku tabah menjalani kehidupan 
tanpamu disisiku..